Yasmin.
SITE ABOUT ENTRY LINKS STUFF
Holidaaaayyyyy :)
Thursday 27 December 2012 • 10:26 • 2 comments
Assalamualaikum :) Okayy entry kali nie mmg panjang giloooo . And aku tak rasa kau larat nak baca . Lagipun siapa lah nak baca blog aku nie yang suka merepek meraban nie kan #CEDIH -.- Entry kali nie pasal aku pergi holiday dngn family aku sempena cuti sekolah . Kau ado ? HAHA dah jangan berlagak . Bukan pergi jauh sngt pun . Cakap mcm pergi Paris , Seoul , Tokyo . Ohh plishhhh , dalam Malaysia jeaa

So aku nak cerita . Pada pukul 8.30 pagi , kami semua bangun nak mandi . Barang semua dah packing malam tu . So , bangun mandi , masukkan barang dalam kereta and gerak dalam pukul 10 mcm tu . Okay yang pergi semua adik beradik ayah . Mmg setiap tahun mcm tu . Last year kiteorang pergi Pulang Pangkor . And tahun nie kiteorang pergi Cherating . Yang pergi 4 kereta . Lepas dah gerak , kiteorang semua kebulur , mak tak buat breakfast pun . malam tu janji nak buat nasi goreng cili padi :O Tapi tah mak bangun last sekali -.- So buat keputusan pergi breakfast dekat McDonald's . Only kiteorang jeaa . Takkan nak pergi breakfast ramai ramai dkt McDonald's . Lagi 3 kereta confirm dah breakfast kat rumah . Diorang mesti masak punya . After breakfast , kiteorang jumpa dekat Tol Karak .



Masa jumpa tu , boley pulak tergelak gelak siap sembang sakan dekat situ . Tah pukul brapa nak gerak tah . Masa nie cuma 3 kereta jeaa . Satu lagi kereta gerak daripada Banting . Terus jumpa dekat Cherating sbb dia kerja half day . Tak dapat nak jalan sekali . Then semua masuk kereta masing masing . And me ? Of course lah masuk kereta sendiri :) Dah jalan tu , ayah kata dia nak makan nasi . Because wan ada masak and bawa bungkus . Setiap tahun pun mcm tu . Kiteorang akan berhenti dekat kawasan rehat and makan nasi yang dibawa dari rumah . So kiteorang berhenti dekat Kawasan Rehat Gambang . Then ayah tanya semua orang Nak makan nasi tak ? Korang dah lapar belum ? Then semua cakap belum lapar lagi . then pergi sembahyang zohor and gerak . Tak jadi nak makan nasi . Masa jalan tu , mak , intan , iyen tidur . Ayah drive and aku teman ayah aku . Takut dia ngantuk . So sembang dengan ayah , gelak gelak . Aku tak ngantuk pulak masa tu .




Dah sampai pun Cherating :O Masa sampai terus check in . Yang besar besar semua kena angkat barang . Yang kecik kecik tak sempat nak makan apa semua , terus pergi terjun kolam . Yang besar besar nie pula , lepas letak barang , terus pergi cedok nasi . Kebuluran katakan . Masatu sampai pun dah pukul 6 . Breakfast pukul 10 . Lepas makan , tetiba satu lagi kereta dari Banting dah sampaii . Kiteorang lepak tepi kolam tu ramai ramai . Ya Allah , yang kiteorang terkejut nya satu Cherating takda air -.- Mula mula ingatkan Cherating jea takda air , pegi Kuantan pun takda air . Nak cari hotel lain pun tak boley sbb mmg semua takda air . Air tangki ada lah -.- Then kiteorang jalan dekat Chalet tepi pantai , ada pulak air . Aku pelik betul masa tu . Rasa mcm nak ambil kerusi kayu banyak banyak , kumpulkan kat sebelah aku then campak dekat orang yang tengah mandi laut tu . Kiteorang tanya ada kosong lagi , then diorang kata dah full . Cuma ada satu chalet terbiar dah rosak dekat situ . Semua cari botol isi dekat situ . kiteorang pergi beli mineral besar 2 kotak pun tak cukup . Masa tu aku punya bengang hanya Allah saja yang tahu . Aku pulak ada masalah keperempuanan masa tu . Kalau dah jadi mcm tu , rasa mcm nak bergaduh bertumbuk dekat situ . Esok tu , baru ada air . Itu pun slow jugak lah airnya .


Malam tu , semua tak tahu nak buat apa . So kiteorang lepak main wifi je lah kan :3 Dengan angin kuat dekat situ . Aku pun bukak lah twitter pakai handphone aku . Time mcm tu pulak lah handphone aku buat hal . Nak mention orang pun tak boley . Nak update kononnya aku sekarang dekat tepi pantai sambil bermain main dengan pasir pun tak boley . Perghh aku punya bengang tak dapat aku nak gambarkan mcm mana . aku pun ambil tab , bukak guna tab jea . Dalam kepala otak boley fikir , kenapa lah aku tak bawak aku punya lappy . *marah dekat diri sendiri*




Esok siang tu , kiteorang pergi ke K. Terengganu . Masa baru jalan tu , kiteorang bergerak cari makan dulu . masing masing kebulur . Masatu diorang makan Satar , Otak Otak , Keropok Lekor , Nasi Dulang . Tah semua makan sakan dekat situ . aku dengan akak aku cuma makan keropok lekor and minum air . Tengok lah kemain semak diorang makan . tengok badan diorang pun dah tahu kan ? semak sampai jadi banyak mcm tu diorang lah makan . tak cukup , tambah . tak cukup , tambah . Diorang membaham kemain sampai kau rasa nak sedekah dekat orang orang yang miskin pun diorang punya senak sampai dah tak lalu kau je yang tahu . Bagi diorang nie Duit belakang cerita , asalkan perut kenyang . Dunia .

Lepas dah makan , kiteorang tetiba berpecah sbb masa tu satu hari hujan tak berhenti . Ayah bawak laju . Tetiba jammed . Nak taknak kau kena hadapi lah , melainkan ada kereta terbang . Kalau kau nak tahu ayah aku nie pantang nampak jammed , punya lah otak dia kusut . And dia jenis yang pandai mencelah . Kalau seribu kereta dekat situ yang dia potong and celah celah siap hon hon lagi , seribu kereta lah kata Kurang ajar punya kereta hitam ! So apa ? kau nak gaduh ? Ayah tak peduli pun . Asalkan dia lepas dari jammed . Kiteorang mengadap jammed sekejap jeaaaa sbb dengan keselfishan ayah tu membuatkan kiteorang bantai tergelak dekat belakang . Siap jelir lidah marah dekat abang yang turunkan barang dari lori dekat tengah jalan . Sebab dia lah jalan jammed . Then Pakngah call , dia cakap Woi apa nie jalan jammed , serabut kepala aku . Then ayah gelak , ayah cakap aku dah lepas dahh . kau ngadap lah dekat sana . Aku pun apa lagi , tergelak lah masa tu . 

Lepas dah ngadap jammed sekejap , kiteorang pergi Pasar Mayang . Beli buah berangan , makan ramai ramai dekat tepi jalan Pasar Mayang . Ce kau tengok gambar di atas . Kulit kulit buah berangan tu kiteorang buang dekat atas longkang yang tertutup . bukan dalam longkang k . Bak kata ayah Ahhh peduli apa aku nie kampung siapa pun , buang jea mana mana . Masuk kampung orang , mesti kena tunjuk gengster sikit . k ayah buat lawak pula masa hujan hujan tu . 




Lepas ke Pasar Mayang , kita ke Masjid Kristal ! K masa tu semua excited nak pergi sbb ingatkan dia buka semua lampu and dia akan jadi cantik lah kan bila dah malam . Sekali pergi , dia buka lampu depan , tempat nak sembahyang and lampu toilet jea -.- Semua orang terus takda perasaan excited . Muka semua taknak kalah . then semua pergi sembahyang maghrib sekali dengan isyak masa tu . Then lepas sembahyang , cousin aku cakap dia nak berak . Bagi aku , itu kebiasaan untuk dia . Kalau kau pergi mana mana mall ke , masjid ke , petrol pump ke , mesti dia akan merasa tandas tu . Bukan dia dok jilat jilat lantai or mangkuk tandas tu , tapi dia mesti akan rasa nak terberak atau terkencing . Yang dengar dia ckp masa tu aku , busu and ibu dia . Then semua masuk kereta . Semua jalan masa tu . tetiba cousin aku call . Dia cakap hello min , kau tak bagitahu diorang ke aku berak ? aku keluar toilet , tngk2 kosong . Masa tu aku punya cuak hanya Allah saja yang tahu . Dia kena tinggal dekat Masjid Kristal . masing masing tak sedar . yelaaa kereta pun 4 , ingat dia naik kereta busu , kereta ibu or kereta paklang lah kan . Then busu patah balik pergi ambil dia . Masa jumpa dia , dia tak nangis . Tapi bila ibu dia pegang pipi dia , tanya dia semua , dia menangis . Dah umur 13 tahun pun manja lagi dia nie . Kejap kejap menangis , kadang kadang kau suruh dia pergi sekolah pun , dia punya malas tu sampai boley buat dia menangis . bila aku geram tngk dia nangis , aku pula rasa nak nangis masa tu .

Lepas tu , semua lapar . And diorang cakap nak cari kedai ikan bakar . tak kira kedai dia jauh sampai ke Perak , nak ikan bakar jugak . then dah cari , kiteorang pun terjumpa lah satu kedai ikan bakar nie . Duduk situ ramai ramai then semua mcm salahkan aku sbb aku tak bagitahu dia pergi berak masa tu . Eh mana aku tahu , aku dah masuk kereta awal awal dah lepas dia cakap dia nak pergi berak -.- Then aku cakap , ibu dengan busu pun tak ingat ! Actually , aku panggil cousin aku punya mak , ibu and ayah dia aku panggil abah . kiranya Pakngah dengan Makngah tu aku panggil Abah dengan Ibu . Then diorang gelak gelak masa tu . Aku punya menyirap masa tu kau tak dapat nak agak macam mana . aku jugak yang kena . Diorang pun tak ingat . Mak aku cakap Eii paijah , lain kali kau kena kira kepala anak kau ada ke takda . Haha bahaya tahu tak . nasib baik fon ada kredit , kalau tak melalak anak kau dekat situ . Then diorang gelak gelak . Aku dah tak boley gelak masa tu . Even diorang gurau je , aku kalau dah masuk ke telinga kanan terus tak boley keluar ikot telinga kiri . Aku punya sentap masa tu kira lama jugak lah . Lepas tu order makan bagai . Diorang punya order taknak kalah . Ce tengok bebetul apa yang diorang order . kalau makanan tu depan mata kau , kau mesti akan telan air liur and cakap yang nak makan nie manusia ke naga buana ? Setiap satu makanan , diorang order 3 . Kalau nak dikirakan , ada 7 jenis makanan . 7 X 3 berapa ? Perut semua buncit senak sampai kau rasa nak termuntah masa tu . nasib baik aku makan 1 pinggan jea dah kenyang . then gatah lauk sikit sikit .





Okayyy , lepas balik dari makan tu , semua mandi and terus tidur . Masing masing kepenatan . Esok tu adalah hari terakhir kiteorang dekat Cherating . Bangun bangun tidur , tengok keropok lekor and satar dah terlantar dekat atas meja . So makanan tu jea lah yang dijadikan untuk breakfast kiteorang . Lepas dah check out , ayah ajak pergi pasar segar . Macam macam kiteorang beli , ikan , udang , sotong . Ibu , busu pun beli sekali lahh . kiteorang siap pergi beli ais lagi sbb takut nnt ikan tu busuk , siapa nak makan ? kalau kau bagi dekat jiran sebelah rumah kau pun dia akan ambil , baling then pijak depan mata kau . Kiteorang beli tong letak ikan semua dalam tu . Then terus gerak ke Pantai Teluk Cempedak , Kuantan . nampak gambar budak tidur di atas ? Haaaaa tu adik aku . Tah apa kena dengan dia tidur mcm tu . ayah cakap tidur mimpi mandi kolam . Sebelah dia tu , anak paklang . Kesiann :( Dia jatuh tangga then ayah dia marah . Wan jugak kena pujuk . Aku bukan pujuk , aku snap gambar dia nangis . Kejam tak aku ?

After that , kiteorang cari makan . Okayy kalau kau perasan kan , hidup family aku nie makan jeaaaaa . Kalau birthday pun belanja makan , bukan nak bagi hadiah . kalau dapat result bagus ke apa ke , dia akan belanja makan jugak . Dia takkan bagi duit . Beza tak dengan family kau ? Sebenarnya kau tengok badan diorang pun sudah tahu . Ce tengok atas meja tu . Buruk kan ? Diorang semua punya order kemain lagi . Aku order nasi putih sepinggan , then curi curi lauk diorang semua . Ambil kuah tomyam dengan tomato jeaa . Order punya banyak , tu jea aku makan . Yang mamat letak kepala atas meja berkerak tu.. kejam kan aku ? Dia cousin aku . Nak tahu dia makan berapa pinggan ? Tiga pinggan . Kau tengok pipi dia , tangan dia , badan dia pun kau dah dapat agak cara makan dia mcm mana . Kalau kau jumpa semua keturunan blah ayah , mmg semua badan besar besar . Kalau kau nak pergi salam cium tangan pun teragak agak sampai tak jadi nak pergi salam cium tangan dia sebab takut punya pasal . Benda nie pernah berlaku dekat cousin aku yang berumur darjah 5 . 

Lepas dah balik dari makan , aku naik kereta busu . And wan naik kereta ayah . Intan pun naik kereta busu . Ikotkan orang muda muda semua naik kereta dia . Busu aku tu pun baru kahwin . Anak pun takda . Kalau boley , semua nak naik kereta dia . Budak umur 2 tahun pun sanggup tinggalkan mak bapak dia sebab nak naik kereta dia . Tah apa yang special kereta dia pun aku tak tahu . Dalam perjalanan , ayah call . ayah cakap berhenti dkt Kawasan Rehat Gambang . kiteorang makan buah , pergi sembahyang , kencing berak bagai , terus gerak balik rumah . Itu pun belum sampai rumah lagi kereta yang aku naik . Yang lain semua dah sampai , kiteorang tak sampai sampai rumah lagi . why ? Sebab kiteorang pergi beli McDonald's . but delivery jea laa . See ? Makan lagi . aku beli Twister Fries jea that time . twister fries tu pun dah boley buat perut aku senak masa tu sbb aku rasa mcm aku baru jea makan tadi , skrg makan lagi , diorang ajak beli pula kan . Masa beli twister fries tu , aku offer lah pakcik aku ambil sikit kan . punya lah aku baik hati offer dia . sekali dia ambil yang besar , banyak pula tu . Aku punya bengang sampai nak mengalir air mata aku . Tapi bila dah makan , mcm nak cakap dekat dia Asu , kenapa ambil sikit je tadi ? Lain kali ambil semua pun takpa . Kau nak je cakap thankyou sebab ambil banyak masa tu , tapi aku diam je sbb malu dengan diri sendiri punya pasal . Sampai rumah wan , wan ajak minum teh tarik pulak . Semua pun okayy jea lahh . lepas dah minum , angkat angkat ikan semua , salam cium tangan , cium pipi semua , terus balik rumah bukit jalil . Alhamdulillah , sampai ke rumah dengan selamat :) 


PASTFUTURE
MY WORDS;
Hey you , yeah you . No , not you . That other one . You right there ? Yes you . My name is Yasmin. Already forteen years old and now stay in Malaysian.



back to default bg
GIVE ME YOUR WORDS;

"



OTHERS;

>> Our Anniversary
date : 24 March 2013
at:6.37pm


>> YongHwa's Birthday
date : 22 June
at: 12am


>> My Birthday
date: 8 December
at: 12am